Akhlak yang baik.

AKHLAK RASULULLAH SAW

١. Baginda selalu diam.

٢. Berbicara ketika perlu.

٣. Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat .

٤. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.

٥. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab الله swt).

٦. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu’.

٧. Berfikir terus-menerus.

٨. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.

٩. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.

١٠ . Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.

١١ . Marah bukan kerana nafsu.

١٢ . Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya.

١٣ . Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.

١٤ . Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.

١٥ . Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas.

١٦ . Tidak pernah berteriak-teriak di pasar.

١٧ . Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada.

١٨ . Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan الله swt.

١٩ . Apabila menghadapi dua perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara ma’siat.

٢٠ . Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yang membasuh pakaian, memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.

٢١ . Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir.

٢٢ . Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dengan mudah, lemah lembut & peramah.

٢٣ . Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak-teriak, lebih-lebih lagi mencela orang lain.

٢٤ . Tiga perkara yang dijauhi; perselisihan, bongkak & segala yang tidak diperlukan.

٢٥ . Tidak pernah mencela & memaki hamun orang lain.

٢٦ . Tidak pernah mencungkil rahsia orang lain.

٢٧ . Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.

٢٨ . Perbicaraannya memukau sesiapa pun yang mendengarnya lalu terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas kepala mereka.

٢٩ . Sesiapa yang melihat Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya.

٣٠ . Sesiapa yang selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.

٣١ . Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk & tidak membezakan di kalangan mereka.

٣٢ . Sesiapa yang meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang lemah lembut.

٣٣ . Tangan Baginda selalu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa pilih kasih. Baginda adalah ayah bagi mereka semua.

٣٤ . Di mana pun Baginda berada, di situ terpancar cahaya ilmu, sikap malu & sabar serta amanah.

٣٥ . Tidak ada yang berani meninggikan suara di hadapan Baginda kerana kewibawaan Baginda.

٣٦ . Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya ; menghormati orang tua, menyayangi yang kecil, mengutamakan orang yang ada hajat, menjaga keperluan & kebajikan orang asing.

٣٧ . Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong, Baginda hentikan dahulu atau pun berdiri.

٣٨ . Paling berlapang dada.

٣٩ . Paling tepat dalam berbicara.

٤٠ . Paling halus keperibadiannya.

٤١ . Paling ramah & beradab dalam pergaulan & muamalahnya.

(Dipetik daripada Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki)

Perbanyakkan Selawat pada Nabi..

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Malu tak bertempat.

MALU TAK BERTEMPAT

Sejak 2 hari lepas, saya menerima beberapa mesej whatsapp menyeru agar umat Islam jangan sesekali memuatnaik gambar haiwan korban, proses menyiang dan sebagainya. Alasan adalah bagi menjaga hati rakan-rakan bukan Islam dan mengelak agama ini dilihat ganas.

Saya nak bagitahu ibadat korban ini bukan saja syariat, tetapi juga syiar. Takut untuk menyebarkan syiar hanya kerana takut disalahfaham adalah sifat malu melampau kepada agama sendiri. Sejak bila kita semua menjadi segan kepada syariat Tuhan?

Kita ni dah 62 tahun merdeka. Sepanjang tempoh itu kita tidak pernah merasa sensitif apabila ada gambar hidangan babi dan arak di meja rakan bukan Islam ketika perayaan mereka. Bukannya kita ada di situ dan jamah sekali.

Begitu juga dengan rakan bukan Islam. Apakah kalian merasa mereka terlalu bodoh untuk terasa hati melihat kita menjalankan ibadah korban? Bukannya kita sembelih lembu belakang rumah mereka. Tiada rakan bukan Islam saya yang pernah menegur begitu

Dan jika ada yang sensitif tidak bertempat, itu bermakna mereka sendiri gagal memahami hidup bermasyarakat.

Apabenda apologetik sangat? Berhentilah bertolak ansur tidak bertempat. Sebarkan syiar dan tegakkan syariat

Hiduplah berprinsip. Nescaya orang akan hormat

—-
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu

Semakin aku tahu..

Korg tau x sapa yang teman Nabi Musa cari Nabi Khidir?

Nama dia Yusha’ dia juga adalah anak murid Nabi Musa.

Korg tau x matahari pernah berhenti?
Matahari pernah terhenti di tangan Nabi Yusha’ as
Ketika menjelang mghrib.

Korg tau x sape Qorun?
Qorun ni sorg yg kaya bijak lagi tampan
Dia jgk sepupu Nabi Musa

Korg tau x apa yg mmbuat Qorun berpaling?
Zakat adalah punca utama Qorun berpaling dari Nabi Musa.

Korg tau x Qorun?
Dia mati bersama askar dan harta2 nya kerana menfitnah nabi musa berzina.
Dia ditelan bumi sikit demi sedikit.

Korg tau x sape Firaun?
Firaun ni bapak angkat Nabi Musa
Suami wanita teragung dunia Asiah.

Korg tau x asal nama Nabi Musa?
Nama Nabi Musa di ambil sempena nama pokok (mu) dan air (sa)
Ketika di hnyut kan bekas itu tersangkut di situ(Sungai Nil). Di dlam istana firaun.

Korg tau x Nabi Musa duk langit ke berapa?
Nabi Musa as dduk di langit yg ke 6

Korg tau x Firaun?
Firaun pernah membina menara yang amat tinggi.
Semata2 utk tgk tuhan Nabi Musa.
Di sini lah dia mengaku dia Tuhan.
Surah An-nazi’at ayat 24.

Korg tau x Firaun ni?
Di xpernah sakit xpernah bersin x pernah menguap.
Senang cite yg melemahkan ni smua dia xpenah rse.

Korg tau x firaun pernah bertaubat?
Ketika di hampir tenggelam di laut merah, dan roh telah sampai ke halkum, ketika itu taubat tak lagi diterima.
Kerana taubat itu penyesalan, firaun taubat kerana takut.

Korg tau x piramid di mesir?
Piramid tu kubur org2 kanan firaun.
Tu kubur. Agak2 rumah besar mne?
Allah tngal kan sikit2 utk kita amik pngajaran.

Korg tau kan firaun pernah mengaku dia tuhan.
Pada hari firaun mengaku dia tuhan, pengsan dan
Lari lah iblis dari berdamping dgn firaun kerana takut kemurkaan Allah. Iblis lari dalam kehairanan.

Korg tau x knapa iblis xpernah mengaku dia tuhan?
Surah al-a’rf ayat 12
Iblis tau Allah swt yang ciptakan dia (daripada api) mana mgkin dia nk mgku dia tuhan.

Korg tau x kenapa iblis x mintak hidup selama² nya?
Al hijr ayat 36
Iblis tahu perbendaharaan Allah. Iblis ni dlu alim, ahli ibadah. Dia ada ilmu
Iblis yakin dunia akan kiamat. Sbb tu dia mtk tmpoh smpi situ je. (hari kiamat)

Korg tau x lps iblis mtk tmpoh tu apa Allah buat?
Allah swt terus memperkenankan doa IBLIS ketika itu jugak.
Iblis ni musuh Allah dan manusia.

Dah kalau doa iblis di hari dia menderhakai Allah pon Allah perkenan.
Kita ni? manusia di tambahkan lg umat kekasih Dia.
Antara umat yg paling Dia syg mengatasi umat2 terdahulu..Bakpe la yang mls sgt nk doa tu.
ckup dah ke apa yg Allah bg harni smpi sombong sgt xnak mtk dah..
Doa lah In Sha Allah akan Allah perkenankan.
Doa ye kwn2..

Korg tau x nabi nuh?
Beliau adalah cicit nabi idris

Korg tau x nabi nuh?
Beliau hidup 950 tahun
Surah al ankabut ayat 14

Korg tau x nabi nuh?
Beliau ada 4 org anak
Semua lelaki.

Korg tau x nabi nuh?
Beliau di tentang hebat oleh kaum dan juga ahli keluarga nya. Terutama dari isteri dan anak sulung.

Korg tau x nabi nuh?
Allah sebut nama beliau 43x dalam al quran

Korg tau x nabi nuh?
Beliau antara nabi ulul azmi sebelum
Nabi Ibrahim as
Nabi Musa as
Nabi Isa as
Nabi Muhammad saw

Korg tau x nabi nuh?
Beliau pernah berasa malu kepada Allah.
Beliau hanya ada 83 org pengikut setelah berdakwah beratus ratus tahun.

Korg tau x nabi nuh?
Di sgt2 malu dan kesal kerana mendoakan kecelakaan utk umat dia, umat yg ingkar arahan dia
Surah Nuh ayat 26.

Korg tau x nabi Nuh?
Syirik bermula sejak zaman beliau.
Surah Nuh ayat 23 dan 24

Mohon download apps ‘Al Quran Melayu’
Dlm google apps. Sgt friendly user.
Senang nk semak surah2 di atas.

Jgn hanya ada game dan media social apps je.
Bnyk sgt dah ni Allah bg nikmat.
Xperlu amik wuduk nk baca alquran

Surah ar rahman ayat 13
X takot ke Allah tnya?

Korg tau x nabi nuh?
Kaum dia yg ingkar Allah bala kan dgn banjir dan taufan. Dan akan di masukan ke dalam neraka.
Surah Nuh ayat 25.

Korg tau mana nabi nuh buat bahtera?
Surah Hud ayat 37
Allah mewahyukan kpda nabi nuh akan perihal kapal tersebut.

Korg tau x nabi nuh?
Panjang kapal itu 1200 hasta
Lebar kapal itu 600 hasta
Mempunyai 3 dek atau 3 tingkat.

Korg tau x nabi nuh?
Tingkat pertama kapal di penuhi haiwan liar
Tingkat kedua utk nabi nuh dan kaum nya
Tingkat ketiga utk burung² dan ungas²

Korg tau x nabi nuh?
Utk beliau mengutuskan burung gagak utk memeriksa keadaan bumi mase itu. Tp terlupa, kemudian nabi nuh mendoakan burung gagak itu akan terus di benci manusia.

Korg tau x nabi nuh utus burung apa lpstu?
Beliau mengutuskan burung merpati. Merpati td bwk balik di paruh nye pohon zaiton di kaki nya pohon tinn.

Kemudian nabi nuh mendoakan merpati tadi agak di senangi oleh manusia.

Korg tau x nabi nuh?
Percaya lah bumi yg korg pijak skrg ni penah di banjiri air
Surah Nuh ayat 27 dan 28.

Amik la kisah² Al quran atau nabi utk di jd kan hero kepada anak2.
Ckup² cerita frozen mauna marvel utk di jadi kan bed time story.

Antara sikap imam al syafie ialah..
Semakin aku tahu akan sesuatu ilmu.
Maka semakin itu aku berasa aku tidak tahu apa2..